Tuesday, November 1, 2011

Peristiwa perkataan Semarak Semangat

                Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni aku nak cerita tentang bagaimana aku boleh dapat perkataan Semarak Semangat.  Nama aku diberi Muhammad Royfandi Bin Tajul Ariffin, aku di lahirkan pada 06/01/1993, di hospital Teluk Intan Perak. Aku ada 6 adik-beradik, aku anak yang ke 5 bongsu lelaki. Dalam keluarga aku, tarikh lahir aku paling awal. Waktu aku kecil mak aku cakap, aku seorang yang pemalu dan tak banyak bercakap. Tetapi Alhamdulilla aku besyukur pada Allah s.w.t. kerana aku dapat lahir dimuka bumi ini.

                Semarak Semangat diberi oleh atuk aku, atuk aku sudah lama tiada dimuka bumi ini, sejak aku umur 4 tahun. Atuk aku telah tinggalkan perkataan itu di sebuah bingkai gambar, yang  perkataan itu berada diatas dan gambar aku di bawah. Dahulu gambar itu kecil, atuk aku suka tengok gambar aku berjalan waktu kecil, dan atuk aku menyuruh mak aku besarkan gambar itu dan atuk aku membuat bingkai gambar itu, entah macam mana atuk aku boleh bagi nama perkataan itu aku pon tak tahu.

               Kalau di ceritakan tentang atuk aku, Atuk aku seorang yang kuat agama, baik, jujur, dan beriman. Mak aku cerita pada aku, sewaktu mak aku kecil, atuk aku selalu bawak nenek, mak aku, dan adik-beradik mak aku, solat berjemaah di rumah. Dalam diam-diam atuk aku juga seorang yang pandai mengubati orang, menggunakan ayat al-Quran. Tetapi segalanya telah berubah sejak atuk aku meninggal dunia. Atuk aku meninggal disebab sakit tua.

               Di samping itu, mak aku cakap pada aku, aku ini sama macam atuk aku, ikut jejak atuk aku sejak aku usia remaja ini. Bila aku azan di surau, jadi makmum, dan imam mak ayah aku bangga dengan aku sebab aku boleh buat semua itu. Tetapi Alhamdulilla aku berasa bangga pada diri aku ini, kerana aku dapat seronokkan mak ayah aku. Mak aku pon tak sangka aku boleh buat semua itu. Tapi aku buat semua itu aku rasa biasa saja, cuma aku hendak mendapat keredoan Allah s.w.t. Oleh itu, kata-kata Semarak Semangat yang atuk aku bagi pada aku, aku akan memperoleh iman aku untuk kejayaan didunia dan akhirat.

                Kesimpulannya, sampai sekarang aku masih menggunakan perkataan itu, sebab perkataan itu akan memberi makna yang istimewa pada aku pada satu hari nanti. Aku masih lagi mencari maksud Semarak Semangat itu. Apa itu Semarak?, aku rasa, semarak itu seperti bola api yang membakar hati ku ini untuk dekatkan diri pada Allah s.w.t, dan Semangat itu pula memberi aku bersemangat lagi untuk beribadat pada Allah s.w.t dengan meningkatkan iman aku ini, Insyaallah.




  gambar aku ini lah yang atuk aku suka tngok aku berjalan.

No comments:

Post a Comment